Ismail Mohamed Abdul Wahab , 13 mangsa termuda covid di UK yang meninggal dunia semalam selepas disahkan positif Covid.

LONDON – Seorang pelajar berusia 13 tahun dari selatan London dilaporkan sebagai mangsa termuda United Kindgdm meninggal dunia akibat Covid-19.

Mangsa Ismail Mohamed Abdul Wahab dari Brixton, meninggal dunia pada pagi semalam di Hospital Kings College selepas mengalami koma.

Pegawai tertinggi hospital berkenaan mengesahkan mangsa positif Covid-19.

Ahli keluarga yang kecewa sejak kehilangan bapa mereka kepada kanser, mendakwa kanak-kanak tersebut tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum ini dan meninggal dunia akibat peraturan ketat isolasi Covid-19.

“Ismail mula menunjukkan simptom dan mengalami masalah pernafasan sebelum dikejarkan ke hospital.

Dia diberi bantuan pernafasan sebelum koma tetapi meninggal dunia semalam.

Laman web GoFundMe diwujudkan Pengarah Kolej Madinah, tempat kakak mangsa bekerja, untuk mengumpul dana bagi menguruskan upacara pengkebumian.

Mark Stephenson yang menguruskan laman itu berkata, kolej berkenaan merayu sumbangan awam untuk mengumpul 4,000 pound bagi menguruskan pengkebumian dan menyokong kewangan ahli keluarga mangsa ekoran kematian allahyarham bapa mereka.

“Semoga Allah memberi keluarga ini ketabahan dalam menghadapi saat sukar ini dan roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan beriman,” katanya. – MalaysiaGazette