TOKYO – Penanda aras minyak mentah dibuka bercampur-campur hari ini susulan kerugian suku dan bulanan terbesar dipacu oleh kebimbangan lebihan bekalan yang ditunjukkan data melebihi daripada jangkaan bagi inventori Amerika Syarikat.

Minyak mentah Brent susut AS$0.21 kepada AS$26.14 setong pada 0032 GMT, manakala West Texas Intermediate naik sebanyak AS$0. 27 kepada AS$20.75 setong.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat meningkat sebanyak 10.5 juta tong minggu lepas, melepasi unjuran 4 juta tong, menurut data Institut Petroleum Amerika Syarikat.

Sesi pembukaan harga pada hari Rabu menyaksikan harga minyak jatuh ke tahap paling rendah sejak tahun 2002 di tengah-tengah krisis koronavirus global yang telah menyebabkan kelembapan ekonomi di seluruh dunia dan permintaan minyak mentah.

Niaga hadapan mentah suku tahun hampir susut 70% selepas kerugian yang direkodkan pada bulan Mac.

Suasana lemah dalam pasaran tidak pulih berikutan perselisihan antara Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Arab Saudi dan ahli-ahli OPEC yang lain tidak dapat membuat persetujuan untuk bertemu pada bulan April untuk membincangkan isu kejatuhan harga.

“Tidak mungkin OPEC, dengan atau tanpa Rusia atau Amerika Syarikat, bersetuju dengan penyelesaian volumetrik yang mencukupi untuk mengimbangi kerugian permintaan minyak,” penganalisis BNP Paribas Harry Tchilinguirian dalam satu laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Kaji selidik Reuters dalam kalangan 40 penganalisis meramalkan harga purata Brent sebanyak AS$ 38.76 setong pada tahun 2020, 36% lebih rendah daripada ramalan AS$ 60.63 yang dibuat pada bulan Februari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast