TERKINI : Anak Guam Saya Takut, Saya Pun Takut – Suraj Singh

Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta mempertimbangkan semula hukuman penjara yang diusahakan ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Op Covid-19.

Peguambela tertuduh kes wanita memaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukuman penjara.

Beliau mencadangkan supaya hukuman ringan berbentuk khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu diberikan dan bukannya menghantar mereka ke penjara.