KUALA LUMPUR – Baru-baru ini Tomok, Black, Achey dan Shuib dikecam teruk akibat kenyataan mereka berkaitan dengan bantuan khas kerajaan yang mereka sifatkan perlu untuk golongan selebriti.

Selepas dikecam teruk oleh netizen, masing-masing membuat permohonan maaf.

Semalam keempat-empat selebriti itu menghulurkan makanan kepada petugas barisan hadapan Covid-19.

Diwakili oleh Tomok, pemberian itu ujarnya sebagai simbolik penghargaan mereka terhadap para petugas yang bertungkus lumus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Dari saya, Black, Achey dan Shuib. “Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki Tomok, Black, Achey dan Shuib dan kita semua. Semoga Covid-19 cepat berlalu pergi dan cepat pulih. Amin,” tulisnya di Twitter.

Tomok dalam gambar yang dikongsikannya itu dilihat mengangkat bungkusan makanan untuk diberikan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sudah la tu..jgn buat baik hanya selepas sihentam..
    Pejuang2 barisan hadapan ni dah banyak bantuan diberi..
    Cari dirumah2 kos rendah atau kampung2..
    Masih ramai ymememerlukan bantuan.
    Jangan buat kerana nak bersihkan nama atau tunjuk baik..
    Buat biar iklas..

Comments are closed.