Syahir Sulaiman

KUALA LUMPUR – Pas tidak bersetuju Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan ‘harta milik’ bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penolong Setiausaha Agung Pas, Syahir Sulaiman berkata, tuduhan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selama 22 bulan itu tidak berasas sama sekali.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden Pas menyatakan, perkataan ‘ghanimah’ yang digunakan Naib Presiden Amanah itu membawa maksud, harta rampasan perang apabila tentera Islam mengalahkan tentera musuh (Al-Anfal: 41).

“Adakah Mujahid bermaksud, jawatan kerajaan adalah harta ‘milik musuh’ dan PH adalah ‘tentera musuh’ yang kalah?

“Saya tidak bersetuju jika itu yang dimaksudkan oleh Mujahid,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Beliau menjawab ciapan Twitter Mujahid semalam yang memuatnaik status, “Tahniah setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi Duta Khas taraf Menteri. PM8 tak habis-habis lagi bagi ghanimah pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid-19”.

“Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara pun. Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” sambung beliau lagi.

Status itu dipercayai merujuk kepada pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkuatkuasa 2 April lalu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Abdul Hadi pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada tahun 2016. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Setelah penat ‘tebuk atap’ Hadi dapat habuan – Mujahid

6 Komen

  1. Sudah2 lah mujahad sawa…. Kau x habis2 nk fitnah orang… X sedar ke dosa yg kau buat… Insaf la AMANAH.. cukup2 lah sebar fitnah

  2. Oh kekanda cukup lah tu 22 bulan menipu rakyat malaysia…skrg ni pkp jadi kekanda duduk lah dirumah diam2 jaga isteri,anak dan cucu..
    #stay home stay safe.

  3. Mujahid tu dh lama x dpt pantat tu yg meroyan jer..org mcm ni pun ada, busuk hati suka mengadu domba dan pecah belah masyarakat..

  4. Meroyan mujahid dah sampai tahap banggang dah nak guna bahasa baik2 dgn dia ni dah tak boleh…x penah terfikir ke dia dlm masa 22 bulan apa yg ph sempat buat salepas ph menang pru14 semua yg ada kat negara ni di bena oleh kejaan bn tp lagak depah x ubah mcam lanun selurug bangunan dan dewan org ramai kampung pun di rampas kunci nya hingga org kampung x bleh nak guna malah ada yg naik belukar…sedar lah bebal sangat ke sebab x dpt pencen menteri.rasa nya elok lah kau duk diam je org dah meluat dgn gelagat kamu mujahid.

  5. Baik ko cakap kerajaan PN ambik harta bapak kau! Dah tua pun bangang nak mampos… Betul ke ko ni anak arwah Apk Usop? Atau ko anak pungut tepi jalan saja? Keperibadian tak mencerminkan langsung! Buat malu keturunan… Puiiiii

Comments are closed.