JAKARTA – Persatuan Perubatan Indonesia (IDI) melaporkan sejumlah 18 doktor yang telah merawat pesakit yang dijangkiti oleh wabak Covid-19 telah meninggal dunia di negara ini.

Mereka disahkan menguji positif virus Covid-19 dan berada dalam status pesakit di bawah pengawasan akibat virus itu, jurucakap IDI Halik Malik berkata.

Pengamal perubatan itu dipercayai dijangkiti semasa merawat pesakit virus di hospital, katanya.

Mengenai kekurangan peralatan perlindungan, jurucakap itu berkata, paramedik dan hospital telah cuba memenuhi keperluan yang sepatutnya.

Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini memaklumkan tujuh kematian baru Covid-19, menjadikan jumlah kematian kepada 198 orang.

Sejumlah 181 kes baru telah disahkan, menjadikan jumlah kes kepada 2,273 di negara ini.

Kerajaan Indonesia telah mengarahkan rakyat memakai penutup hidung dan mulut ketika keluar berikutan banyak kes-kes tanpa simpton ditemui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast