KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)  mendesak kerajaan memberi penjelasan berhubung keputusan membenarkan sebuah kilang arak di negara ini beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP).

Exco Agama Armada, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya 10 bidang perkhidmatan sahaja yang dibenarkan berbuat demikian sepanjang PKP.

Kilang arak tidak termasuk dalam 10 bidang yang dibenarkan beroperasi.

“Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal?

“Ribuan perniagaan halal dan milik bumiputera terjejas akibat Covid-19 dan PKP terutamanya industri kecil dan sederhana.

“Mengapa pergecualian khas diberikan kepada kilang arak ini. Sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram? Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?” soal sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Semalam tular satu surat bertarikh 31 Mac 2020 yang didkawa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna memberi kebenaran kepada syarikat arak Heineken Malaysia Berhad untuk beroperasi semasa PKP.

Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa Heineken pada 24 Mac lalu telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan kilang itu dibenarkan berbuat demikian bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang PKP.

10 bidang yang dibenar beroperasi sejak PKP dkuatkuasakan 18 Mac lalu adalah sektor makanan, air, tenaga komunikasi dan internet, keselamatan dan pertahanan, pengurusan sisa Plpepejal dan pembersihan Alawam dan pembetungan, penjagaan oesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, perbankan dan kewangan, E-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalaulah ph masih memerintah mmg lunyai di sumpah seranah olh geng2 kartel dan walaun.. Allah tu Maha Mengetahui.. jd mana perginya geng2 walaun tuu senyap sepu..

Comments are closed.