LONDON – Pihak pengurusan Liverpool hanya membayar gaji kakitangan yang bukan pemain bola dikelab itu sebanyak 20 peratus sahaja sepanjang tempoh perintah berkurung di United Kingdom (UK), lapor Mail Online.

Walaupun mengaut keuntungan sejumlah £533 juta pada tahun lalu, kelab itu mengharapkan ihsan serta skim bantuan gaji daripada Kerajaan UK sebanyak 80 peratus lagi.

Berdasarkan Skim Bantuan Gaji (Job Retention Scheme) di UK sempena Covid-19 yang bermula Mac sehingga May 2020, para pekerja yang digantung kerja sementara akan menerima bantuan gaji sehingga £2,500 dari kerajaan UK.

Situasi berbeza buat Manchester United apabila setiap kakitangan bukan pemain bola tetap menerima 100 peratus gaji dari pihak pengurusan tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan UK.

Ini kerana duit bantuan tersebut boleh disalurkan kepada badan badan serta jabatan pekerjaan lain yang lebih memerlukan. – MalaysiaGazette