KUALA LUMPUR – Zon Merah Covid-19 meningkat sebanyak 21 kawasan di seluruh negara setakat jam 12 tengah hari semalam, meningkat tiga kawasan berbanding sehari sebelumnya.

Daerah zon baharu ialah Putrajaya, Jasin dan Rembau.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, Putrajaya, Jasin dan Rembau masing-masing merekodkan sebanyak 41 kes.

Selangor masih menjadi negeri yang paling banyak merekodkan kes Covid-19 iaitu 970 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (640), Johor (468) dan Perak (219) kes.

Di Kuala Lumpur Lembah Pantai masih merupakan zon yang merekodlan kes tertinggi iaitu 386, diikuti Kepong (116), Tititwangsa (93) dan Cheras (45).

Di Selangor, kes tertinggi di Hulu Langat (324), Petaling (296), Klang (112) dan Gombak (110).

Tiga daerah di Johor turut berada dalam Zon Merah iaitu Kluang (170), Johor Bahru (145) dan Batu Pahat (47).

Hilir Perak dan Kinta di Perak masing-masing mencatatkan 65 dan 87 kes.

Di Pahang, hanya Jerantut yang melepasi 41 kes positif koronavirus iaitu 61 kes manakala Seremban, Negeri Sembilan (162).

Sementara itu Kota Bharu pula 82 kes.

Di Sarawak pula menyaksikan peningkatan kes di Kuching kepada 174 dan Tawau, Sabah 67 kes. – MalaysiaGazette