TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini dengan harapan pengeluar minyak terbesar dunia akan bersetuju mengurangkan pengeluaran memandangkan koronavirus berterusan menjejaskan ekonomi global.

Minyak mentah Brent naik 2.2% kepada AS$33.78 setong sebanyak 0026GMT selepas susut lebih daripada 3% pada hari Isnin.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat pula meningkat 3.7% kepada AS$27.05 setong selepas menjunam hampir 8% pada sesi sebelumnya.

Arab Saudi dan Rusia kemungkinan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat Khamis lalu.

Namun, sebarang keputusan bergantung kepada Amerika Syarikat sama ada akan menyertai pengurangan bekalan bahan bakar itu, menurut sumber Reuters. – MalaysiaGazette