GENEVA – Korea Utara yang merupakan antara beberapa negara yang tidak melaporkan kes Covid-19 masih meneruskan ujian saringan dan mengkuarantin lebih daripada 500 orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO memaklumkan, ia telah menerima “maklumat terkini mingguan” daripada Kementerian Kesihatan Pyongyang.

“Sehingga 2 April, 709 orang – 11 warga asing dan 698 warga negara – telah diuji untuk Covid-19. Tiada laporan kes Covid-19.

” Terdapat 509 orang dikuarantinkan – dua warga asing dan 507 warga negara,” kata Dr. Edwin Salvador, Wakil WHO di Pyonyang.

WHO telah dimaklumkan bahawa Korea Utara menerima peralatan untuk digunakan dalam ujian diagnostik dari sekutunya, China pada Januari lalu, katanya.

Selain itu, WHO juga telah menghantar bekalan peralatan perlindungan.

Laman web WHO menunjukkan data terkini terdapat hampir 1.3 juta kes yang dilaporkan secara rasmi dan 72,614 kematian di 206 negara dan wilayah kecuali Korea Utara, Lesotho, Tajikistan, Turkmenistan dan Yaman.

Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meminta sekatan antarabangsa terhadap negara-negara termasuk Korea Utara ditarik balik bagi memastikan bekalan makanan menjangkau populasi negara-negara terbabit semasa pandemik.

WHO yang berpangkalan di Geneva berkata, pada bulan Februari lalu, Korea Utara telah melaporkan memeriksa hampir 7,300 pelancong selama tempoh enam minggu hingga 9 Februari.

Kementerian Kesihatan berkata, seramai 141 pelancong dengan demam telah diuji negatif untuk novel koronavirus, katanya.

Beberapa pakar asing telah menyatakan keraguan mereka Korea Utara yang bersempadan dengan China dan Korea Selatan bebas dari wabak virus tersebut.

Korea Utara telah meningkatkan pemeriksaan sempadan dan tenteranya mendakwa pasukan keselamatan itu telah melaksanakan kuarantin selama sebulan.

Bagaimanapun latihan tentera dimulakan semula baru-baru ini.

“Kami sudah melaksanakan sekaran … kami sangat berhati-hati mengenai penyebaran virus ini.

”Setakat ini sifar kes,” seorang diplomat Korea Utara dalam misi PBB di Geneva memberitahu Reuters. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ha,ha,ha! Kalau sapa percaya cerita dongeng Korea Utara ni, mai saya nak cerita Nenek saya tu Queen Elizabeth II, dia pandai buat sambal belacan.
    Macam mana Korea Utara nak ada kes Covid-19? Pertama semua orang asing termasuk pelancong dan diplomat bukan boleh senang2 kluar masuk negara tu. Kedua rakyat dia yang PUI gerenti masuk quarantine penjara! Ketiga yang sakit terus ditembak mati dan terus 6 kaki bawah tanah. Adalah mustahil negara yang berjiran dengan China dan pekerja/ penjaja berulang alik sempadan China/Korea setiap hari. Percayalah Korea Utara tiada pesakit Covid-19

Comments are closed.