Pasukan Houthi.

RIYADH – Berikutan penularan wabak Covid-19, gabungan tentera di Yemen yang memerangi pemberontak Houthi telah mengisytiharkan gencatan senjata selama dua minggu di negara itu bermula hari ini.

Agensi melaporkan, seorang jurucakap pegawai Arab Saudi berkata, ianya juga bertujuan melindungi orang awam daripada wabak pandemik itu pada masa ini.

Malah keputusan ini juga untuk memastikan penularan penyakit itu dibendung apatah lagi di sebuah negara termiskin dalam dunia Arab.

“Kami sebenarnya umum gencatan senjata bermula hari ini bagi tempoh dua minggu akan datang. Kita juga jangka Houthi akan terima, kita juga akan siap siaga bagi perangi Covid-19 pada masa ini,” katanya kepada pemberita tempatan.

Namun pada masa sama, pegawai Arab itu menegaskan walaupun komited dalam perangi wabak Covid-19 namun seandainya pemberontak tidak menghormati keputusan gencatan senjata, pihaknya akan bertindak mempertahankan diri sekiranya berlaku serangan.

“Kita akan tetap berjaga-jaga,” tegasnya.

Bagaimanapun gencatan senjata yang bermula kira-kira 9 pagi waktu tempatan itu masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak pemberontak setakat artikel ini ditulis.

Sistem penjagaan kesihatan yang rapuh di Yamen lagi-lagi ketika berdepan dengan pelbagai kekangan termasuk kemelut kemanusian terburuk dunia bagaimanapun tidak merekodkan sebarang kes COVID-19 sehingga saat ini.

Gabungan tentera diketuai Arab Saudi mula terbabit secara aktif dalam konflik Yamen bagi menyokong kerajaannya yang diiktiraf antarabangsa sejak 2015. –MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.