Datuk Abdul Fatah Iskandar (tengah) menyerahkan topeng muka kepada anggota IPD Kuala Langat baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Walaupun bukan lagi wakil rakyat namun Datuk Abdul Fatah Iskandar tetap mahu menyumbangkan sesuatu untuk membantu usaha membanteras penularan Covid-19.

Beliau menghargai usaha barisan hadapan terutama anggota keselamatan dan petugas hospital yang bertungkus lumus memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Atas kapasiti perseorangan, beliau baru-baru ini telah menyalurkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung yang berpendapatan rendah terutama di kawasannya di Sijangkang.

Abdul Fatah juga menyumbangkan topeng muka kepada anggota polis di Ibupejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Abdul Fatah bersama wakil IPD Kuala Langat, Supritendan Azizan Tukiman selepas menyerahkan topeng muka di Kuala Langat baru-baru ini.

“Semasa zaman susah kerana Covid-19 ini saya terpanggil menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan ia hanya sumbangan kecil sahaja berbanding pengorbanan pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Selain itu, semasa menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung, beliau mengambil kesempatan menasihati mereka supaya mematuhi arahan PKP dan menjaga kebersihan mengelak daripada Covid-19.- MalaysiaGazette