Naib Presiden Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Masyarakat Malaysia.(MSOSH), Dr. Shawaludin Husin.

KUALA LUMPUR – Sudah ada penemuan di mana pesakit Covid-19 yang disahkan sembuh tetapi dijangkiti semula atau dengan kata lain virus yang telah mati tetapi hidup balik.

Naib Presiden Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Masyarakat Malaysia.(MSOSH), Dr. Shawaludin Husin berkata, ia didakwa sudah berlakuĀ  di China dan Korea di mana virus yang sudah disahkan mati tetapi akitf semula.

Bagaimanapun, menurutnya, perkara itu belum ada pengesahan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Samada ianya reactivation atau jangkitan semula belum dapat dipastikan. Ia sama seperti virus denggi di mana virus berkenaan boleh menjangkiti semula dan berlaku jangkitan kerana perbezaan strain.

“Ini kerana virus boleh bermutasi berubah bentuk untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Virus Covid-19 setakat ini dikatakan mempunyai dua strain yang berbeza ciri dan kekuatan, ada yang jenis L ada yang jenis S.

“Bagaimanapun setakat ini belum ada kajian saintifik mengenainya, kita belum tahu siapa sasaran yang boleh dijangkiti semula dan apa faktor yang menghidupkan semula virus berkenaan,” katanya lagi.

Memetik instagram Bloombergbusiness, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (CDC), seramai 51 pesakit yang disahkan sembuh menerusi ujian Covid-19 tetapi dilaporkan kembali positif.

CDC dilaporkan berkata, pesakit yang disahkan sembuh hari ini tetapi positif pula esok harinya dan hanya yang betul-betul sembuh selepas dua kali ujian dikendalikan dalam tempoh 24 jam.- MalaysiaGazette