Sumber: Twitter Annuar Musa
sebanyak 1,850 bungkusan makanan diedarkan dalam satu-satu masa di dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di ibu negara. Ihsan Twitter Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 1,850 bungkusan makanan diedarkan dalam satu-satu masa di dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di ibu negara.

Jelas Annuar Musa, ia diedarkan kepada semua penduduk yang terlibat dengan PKPD di Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

“Bekalan makanan untuk Selangor Mansion dan Malayan Mansion mula diedar..1, 850 pack tiap kali,” katanya di Twitter hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dikenakan PKPD.

Ia selepas 15 kes positif Covid-19 dikesan di dua kawasan itu.

Ini adalah kawasan ke-4 yang dikenakan PKPD selepas Simpang Renggam, Sungai Lui di Hulu Langat dan Menara City One.

PKPD kali ini membabitkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman serta premis perniagaan di 2 bangunan terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast