Dr. Musa Nordin

KUALA LUMPUR – Mengkritik dan mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) gagal melindungi petugas barisan hadapan, Datuk Dr. Musa Nordin wajar dipecat oleh pihak pengurusan Hospital Pakar KPJ.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Mustapha Yaakub, kritikan yang disifatkan tidak kena pada masanya apabila kerajaan bertungkus lumus menangani Covid-19 membuktikan doktor tersebut tidak profesional dan mencemarkan kredibiliti hospital swasta yang berprestij itu.

Dr. Musa merupakan Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar  KPJ Damansara.

“Dalam situasi genting seperti ini beliau (Dr. Musa) tidak patut muncul sebagai seorang yang serba tahu sedangkan kepakarannya dalam bidang yang berlainan dari pakar-pakar dalam bidang penyakit berjangkit.

“Malangnya kerana cemburu yang dipengaruhi oleh dendam politik maka beliau sanggup membelaksngkan profesionnya sebagai seorang pengamal perubatan.

“Veteran UMNO dengan ini mendesak pihak pengurusan KPJ supaya memecat Dr Musa dari pusat perubatan itu kerana dia telah mencemarkan kredibiliti KPJ yang terkenal dengan profesionalisme kakitangannya dalam perubatan.

“Dr Musa terbukti seorang doktor yang tidak profesional yang mengutamakan politik dari profesyen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr. Musa sewaktu hadir dalam temubual bersama sebuah stesen televisyen dipetik sebagai berkata mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19 selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Dr. Musa turut mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

Justeru beliau menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawainya turun padang melawat hospital terjejas.

Menjawab dakwaan tersebut Noor Hisham baru-baru ini menjelaskan jangkitan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta.

Tambah beliau, pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu Mustapha menganggap Dr Musa  sebagai pengamal perubatan sepatutnya menyokong usaha kerajaan dan KKM menangani Covid-19.

“Tetapi tindakannya menyerang Dr Noor Hisham jelas membuktikan beliau tidak menghargai penat lelah petugas dibarisan hadapan yang menyabung nyawa demi menyelamatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Dato Dr Musa Nordin memberi pandangan dan teguran kerana simpati terhadap pegawai dan kakitangan KKM yg terdedah secara langsung dgn Covid-19 dan seharusnya pandangannya diambil secara positif bukan dikomen dan diambil tindakan dari sudut politik pihak yg kurang peka mengenai perubatan.
    Disaat2 negara sedang menghadapi gejala merbahaya ini masih ada lg pemimpin politik yg berfikiran sempit dan dendam terhadap anak bangsa sendiri.
    Macam mana lah Melayu nak maju?

  2. Kau ni komen apa? Org tdk akan pertikaikan komen Dr Musa jika beliau memberi komen yg membina. Tetapi komen beliau tdk berasaskan fakta dan komen beliau lebih kpd demoralise dan menakutkan nakutkan Petugas. Sdgkan hakikat sebnar tadk begitu. Bayak kali komen Dr Musa bersifat Double Standard dan beliau gagamemberi nasihat yg betul kpd Menteri Kesihatan PH kerana Covid bukan kepakaran beliau

  3. Dr Musa ni cakap berapi tapi fakta 0.
    Kalau nak doktor buatlah cara doktor.
    Kalau dah jadi kuda PH tu kerajaan buat apa pun tak kena.
    Kenapa dia tak nasihat Menteri Kesihatan PH semasa itu patut sekat kemasukan pelancung2 dari China dr awal2 lagi.

  4. Masalahnya, teguran yg dibuat tu bkn berdasarkan fakta!..itu yg org marah sedara ahmadism oii..check fakta dulu br bising..paham?

  5. Doktor bebal…sibuk nak berpolitik…jelous lah tu tak dpt jd Ketua Pengarah Kesihatan…

  6. Kamu semualah yang bahalol! Bila hari pula Dr.Musa berpolitik? Dan pasal apa pula yang “orang pencen UMNO” yang gaduh2. Jika ada salah silap ia diantara Dr.Noorhishsm dengan Dr.Musa bertelagah. Pasal apa UMNO sebuah parti politik pula yang terasa dan besar kepala bongkak nak bagi arahan pada KPJ untuk memecat Dr.Musa. Sapa yang berpolitik? Dr.Noorhisham tidak akan menyokong saranan “orang pencen UMNO” sebab dia tidak mahu terjerat dalam politik. Tetapi Dr.Musa bercakap benar. Mungkin di bandar2 Selangor, KL kelengkapan nampak cukup (tetapi Dr.Noorhisham sendiri mengaku ada masaalah logistik) tetapi dipusat kesihatan daerah yang bercambah cambah seluruh negara ada yang masih kekurangan kelengkapan walaupun satu bulan kita dalam PKP. Virus tu tak tunggu lori datang hantar PPE! You all tak sedarkah yang dirata rata pelosok negara sukarelawan sedang menjahit dan membuat peràlatan PPE? Tanya diri anda pasal apa sukarelawan buat kerja tu dan awak akan dapat jawapan pasal apa Dr.Musa komen begitu!

Comments are closed.