Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Sebarang usaha Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat yang mengajak rakyat untuk menghasilkan video pendek untuk mengkritik kerajaan perlu dibidas oleh semua.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan itu adalah anti-akal dan mengecewakan.

Ini kerana, beliau percaya, tiada siapa yang boleh menyangkal bahawa kerajaan telah melaksanakan tindakan terbaik dalam membendung penularan virus Covid-19.

Tegasnya, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, usaha Malaysia memang ada keberkesanannya.

Malah, usaha-usaha tersebut mungkin lebih baik dari negara-negara lain.

”Oleh itu, usaha PH dan Suara Keadilan ada lah satu tindakan yang anti-akal dan sangat mengecewakan dan sewajarnya patut dibidas oleh kita semua,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Dah nama nya pun pembangkang itu lah keja nya.tp.klu menghasut perlu di ambil tindakan di akta menghasut.jadi lah pembangkang yg bleh membena negara untuk rakyat lebih selesa dlm semua hal.klu membangkan demi kepentingan diri dan keluarga serta keroni rakyaat bkan saja menolak malah membenci…

  2. Beza kan menghasut dgn berkata benar.

    Bezakan pengkhianat rakyat dgn amanah rakyat.

    • Ada je tak kena. Aku ingat diaorang ni elok duduk kat Israel. Ajak sekali Ariff The Macai. Ptuii

  3. Di harapkan lah pemimpim pembangkang otak udang ini sedarlah diri dan bersyukurlah diri serta keluarga yang masih lagi sihat dari terkena penularan covid 19 nie..Nak bangkang pun tunggu lah dulu lepas negara pulih..Ha..bangkang lag sepuas puas hati .

  4. Dunia semakin hancur.
    Bertaubat sebelum tarlambat.
    Yang mana tidak berkuasa skrng ni sebagusnya duduk diam dan muhasabah diri utk membina akal menjadi sihat dan hati bersih dari sifat iri hati dan hasad dengki.
    Khas kepada ahli politik dan NGO serta individu terencat akal.

Comments are closed.