Masih belum ada bukti saintifik atau klinikal yang menunjukkan keberkesanan terowong sanitasi membendung Covid-19.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Masih belum ada bukti saintifik atau klinikal yang menunjukkan keberkesanan terowong sanitasi membendung Covid-19 seperti yang pasang dan digunakan di beberapa negara termasuk Turki dan China.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah mengenalpasti Pusat Kajian Klinikal (CRC) dan Kajian Klinikal Malaysia (CRM) untuk mengkaji keberkesanannya.

“Setakat ini memang tidak ada bukti saintifik atau klinikal yang menyatakan terowong ini berkesan. Kajian itu sedang dilaksanakan dan berharap kita akan mendapat data. Setakat ini kita tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan ia berkesan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penggunaan terowong sanitasi di Turki dan China termasuk di tempat awam.

Portal berita Business Insider pada Februari lalu melaporkan ada beberapa bandar raya di China memasang terowong nyah kuman yang menyembur cecair berkenaan dan mendakwa ia mampu membunuh sehingga 99 peratus virus.

Bagaimanapun, laporan sama menyebut pakar kesihatan tidak yakin dengan keberkesanannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast