Gambar Hiasan

BANGKOK – Beribu-ribu warga Thailand yang terkandas di Malaysia dijangka pulang ke negara itu apabila sempadan dibuka pada Sabtu ini, menurut Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan (SBPAC).

Setiausaha Agung SBPAC, Laksamana Somkiat Phonprayun berkata, lebih 8,000 orang bersedia untuk pulang, termasuk mereka yang mendaftar termasuk mereka yang mendaftar dalam talian di Kedutaaan Besar Thailand di Kuala Lumpur, lapor Bangkok Post.

Samkiat berkata, laporan yang menyatakan 100,000 warga Thailand dijangka membanjiri sempadan adalah khabar angin yang mana ia telah dinafikan Kementerian Dalam Negeri.

Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, sehari selepas ia merekodkan kes kematian pertama Covid-19. Langkah tersebut termasuk menutup sementara sempadannya dengan Thailand.

Panglima Tentera, Leftenan Jeneral Phonsak Poonsawat berkata, 300 orang akan dibenarkan memasuki Thailand apabila sempadan dengan Malaysia dibuka semula.

Pasukan pengimbas virus telah dikerah ke semua wilayah di selatan negara itu, tambah beliau.

Gabenor Wilayah Satun, Wiranan Phengchan berkata, bilangan warga Thailand yang pulang dihadkan kepada 100 orang di wilayah Satun, Narathiwat, Yala dan Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.

Wiranan berkata, walaupun warga negara Thailand yang pulang akan diimbas di Malaysia, mereka akan dikuarantin di Thailand bagi memastikan pembawa virus tidak menjangkitikannya kepada orang lain. – Agensi