PDRM police Nilai stepfather drugs boy
PDRM

IPOH – Sebanyak 20 rakyat Malaysia yang terkandas di Betong, Thailand berikutan penutupan pintu masuk sempadan negara pada 23 Mac lepas, telah dibenarkan pulang ke tanah air melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, sejak 30 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, DSP Zulkepli Ibrahim berkata, kesemua mereka berumur lingkungan tujuh hingga 65 tahun dibenarkan pulang ke tanah air pada 30 Mac dan pada 3, 9 dan 15 April.

“Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid  memberi kebenaran itu kepada rakyat Malaysia itu yang melancong dan melawat ahli keluarga mereka di selatan negara jiran itu.

“Kesemua mereka diwajibkan membuat ujian saringan (COVID-19) dan diambil keterangan sejarah perjalanan di Thailand oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pengkalan Hulu …semua prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dipatuhi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zulkepli berkata, kesemua 20 individu itu telah dihantar ke stesen kuarantin di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh dan Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai untuk dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke destinasi masing-masing. – Bernama