Pengerusi Affin Bank Bhd. menyerahkan sumbangan Tabung Covid-19 kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri di Kementerian Pertahanan hari ini.

KUALA LUMPUR- Kumpulan Affin Bank menyerahkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Tabung Covid-19 hari ini.

Inisiatif tanggung jawab korporat kumpulan tersebut adalah untuk membantu dan menyokong usaha kerajaan serta barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19.

“Kita semua harus memainkan peranan kita untuk menyokong segala usaha yang diambil oleh Kerajaan dan memastikan negara kita berjaya memerangi pandemik ini,” Pengerusi Affin Bank Bhd., Datuk Agil Natt, Pengerusi Affin Bank Berhad.

Sumbangan diserahkan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pejabat Kementerian Pertahanan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast