KUALA LUMPUR – Polis menahan seramai 16 individu di sekitar Kuala Selangor ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Menerusi Facebook, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor memaklumkan,
kesemua mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas Covid-19 oleh IPD berkenaan.

“Seramai 16 orang dikenakan tindakan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana ingkar PKP,” kata pihak berkuasa itu.

Justeru, polis menyeru orang ramai supaya mengikut saranan PKP dalam usaha mencegah jangkitan Covid-19.

Jelas kenyataan itu, tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap individu yang melanggar arahan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast