NEW YORK – Wabak pandemik Covid-19 yang sejak beberapa bulan ini menghantui seluruh dunia dengan ratusan ribu kematian kini sudah mencecah angka lebih dua juta jumlah kes positif secara keseluruhan.

Agensi melaporkan, data Universiti Johns Hopkins menunjukkan pertambahan lebih 90,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,083, 237 setakat ini.

Kematian sahaja setakat ini sudah mencecah 134, 610 mangsa ketika artikel ini ditulis sementara kes pulih dan sudah discaj seluruh dunia pula ketika ini berjumlah 510,329 orang.

Amerika Syarikat (AS) masih lagi berada di tangga teratas dengan jumlah kes positif sebanyak 644,089 kes manakala kematian pula sudah mencecah sehingga 28,529 orang manakala yang pulih pula seramai 48,701.

Selepas AS, Sepanyol dan Itali masing-masing telah mencatatkan 180,659 dan 165,155 positif Covid-19 pada masa kini.

Jerman berada di kedudukan empat terbanyak dengan 134,000 kes, manakala Perancis 147,863 kes.

United Kingdom (UK) pula mempunyai 98,476 kes kemudian di ikuti China dengan 82,341 kes Covid-19 dengan jumlah kematian sebanyak 3,342 kes.

UK di jangka menjadi negara keenam dalam tempoh beberapa jam lagi mengatasi China dengan jumlah meningkat kematian sudah mengjangkau sehingga 12,868 orang.

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan lebih 6,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. – MalaysiaGazette