KUALA LUMPUR – Hanya tiga daerah di Semenanjung yang masih kekal dalam Zon Hijau iaitu sifar kes positif Covid-19.
Kawasan itu ialah Yan (Kedah), Machang (Kelantan) dan Hulu Terengganu.
Di Sarawak pula ada 17 daerah Zon Hijau manakala lapan di Sabah.
Setakat jam 12 tengah hari semalam, Kota Kinabalu, Sabah menambah angka daerah Zon Merah Covid-19 susulan terdapat 42 kes positif jangkitan virus itu.
Ia menjadi kawasan ke-27 dalam senarai Zon Merah.
Zon Merah adalah kawasan yang mempunyai lebih 40 kes jangkitan virus tersebut.
Selain daerah itu, Tawau masih kekal dalam Zon Merah dengan 79 kes.
Manakala di Sarawak pula Kuching, Kota Samarahan juga dalam Zon Merah, masing-masing dengan 255 dan 55 kes jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Selangor masih merupakan negeri yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di Malaysia dengan 1,329 kes.
Pecahannya adalah Hulu Langat 446, Petaling 366, Klang, 172, Gombak 143, Sepang 70 dan Hulu Selangor 49.
Manakala kawasan paling tinggi catat jangkitan Covid-19 ialah Lembah Pantai dengan 592 kes.
Kepong (148), Titiwangsa (130), Putrajaya (55) dan Cheras (82).
Di Negeri Sembilan pula, Seremban mencatatkan 288 kes dan Rembau 53,
Kinta dan Hilir Perak pula masing-masing dengan 93 dan 65 kes, sementara Jasin dan Melaka Tengah dengan 68 dan 51 kes.
Di Pahang pula, Kuantan dengan 114 kes dan Jerantut 72 kes. – MalaysiaGazette