Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, harga kit ujian pantas yang diimport dari Korea Selatan akan dijual pada harga kurang daripada RM50 seunit.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, harga itu mampu dijual kerana ia akan dibawa masuk secara pukal.

“Ketika ini harganya kurang daripada RM50 tetapi sebab kita akan beli pukal, jadi kosnya menjadi lebih murah,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Semalam, KKM mengesahkan pihaknya akan menggunakan kit ujian Covid-19 dari Korea Selatan dalam mengesan jangkitan wabak itu di dalam tubuh manusia.

Kit ujian pantas yang diberikan nama Standard Q Bio-Censor itu mempunyai keupayaan ketepatan sebanyak 84.4 peratus.

Noor Hisham semalam berkata, kit ujian daripada Korea Selatan itu merupakan berita baik kepada KKM kerana sampel daripada kelompok sasaran tidak perlu lagi dihantar ke makmal.

KKM katanya, sudah pun menjalankan ujian saringan beramai-ramai (mass testing) ke atas glongan sasaran di beberapa lokasi tertentu yang dipercayai mempunyai risiko tinggi jangkitan tersebut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Harga murah macam ini, tak akan klinik-klinik perkeso tidak boleh tangung? Apa salah kalau perkeso tanggung supaya semua pekerja yang dibenarkan bertugas waktu PKP terjamin kesihatan.

Comments are closed.