Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang serta perkhidmatan pengedaran yang telah menerima pengesahan kebenaran daripada Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum atau pada 14 April lalu tidak perlu mengemukakan permohonan baru operasi sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Surat kelulusan yang telah dikeluarkan masih berkuatkuasa dan terpakai.

Bagi permohonan pengesahan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang dan perkhidmatan logistik yang telah dikemukakan kepada kementerian sebelum ini dan masih belum menerima pengesahan kebenaran untuk beroperasi, diminta membuat permohonan baru secara atas talian di laman sesawang www.miti.gov.my.

Berikut adalah sub sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi di bawah kawal selia kementerian:
a) Kedai hardware (perkakasan);
b) Kedai barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT); dan
c) Perkhidmatan dobi (perkhidmatan penuh).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, semua permohonan bagi sub sektor tambahan tersebut hendaklah
dikemukakan kepada MITI secara atas talian di laman sesawang www.miti.gov.my https://application.miti.gov.my.

Hanya permohonan yang menepati syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang diterima selain daripada melalui portal tersebut tidak akan diproses.

Tambahnya, syarikat-syarikat yang mahu mengemukakan permohonan sub sektor tambahan di bawah kawal selia KPDNHEP ini juga hendaklah memastikan lokasi operasi syarikat tidak berada di Zon Merah, Zon Kuning atau yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh PKP.

Selain pematuhan kepada syarat-syarat dan garis panduan yang diperketatkan ini, kebenaran beroperasi ini juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Tegas beliau, kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara diatas hendaklah dikemukakan kepada pegawai Encik Shahrin Ismail, Sekretariat Perdagangan dan Industri Perkhidmatan di talian 03-8882 6088 atau [email protected] – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Saya harap kerajaan dapat benarkan sektor perabut yang dah terima tempatan dan bayaran dari pelanggan. Saya dah bayar tempahan dan bayaran jelas, tiba-tiba pkp. Duduk rumah stres sangat tak ada perabot sebab saya sangat perlukan, rumah berserabut tak dapat berkemas. Baru pindah

Comments are closed.