TERKINI : 69 Kes Baharu Covid19 dan 2 Kematian Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa jangkitan baharu hari ini adalah sebanyak 69 kes.

Ini adalah antara jumlah kes positif Covid-19 yang terendah dalam tempoh Peribtah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,198 kes.