Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempertikaikan keputusan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat selama sehari sahaja pada 18 Mei ini.

Beliau menyifatkannya sebagai bukti bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin takut berdepan dengan parti pembangkang yang sebelum ini dikatakan bakal membuat usul undi tidak percaya terhadapnya selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Teresa yang juga bekas menteri berpendapat, persidangan Dewan Rakyat perlu berjalan seperti lazimnya meskipun negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19.

“Ini sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sudah lama wujud. Kerajaan Perikatan Nasional tidak memiliki asas yang sah untuk mengehadkan sesi Parlimen kepada hanya satu hari kerana walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19, akhir-akhir ini kita melihat banyak negara demokrasi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengadakan sesi parlimen biasa, malah Korea Selatan juga tetap mengadakan pilihan raya umum (pada hari Rabu ini),” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu Teresa berkata, beliau menerima notis pemakluman daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat menerusi e-mel yang menyatakan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti akan berlangsung satu hari sahaja berikutan PKP.

Tambah Teresa, beliau turut dimaklumkan tidak akan ada sesi soal jawab lisan, soalan bertulis, usul dan persidangan khas pada hari berkenaan.

Turut terkejut dengan e-me pemakluman itu adalah Ahli Parlimen Hang Tuah, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berkata parti pembangkang mempunyai pelbagai persoalan untuk diajukan kepada kerajaan mengenai Covid-19. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Simpan sikit lah kebodohan ko lah Teresa & Samsol…DUN DAP jat Penang pun berlangsung setengah hari jer…rakyat tgh susah ko sibuk nak melalak jer

  2. Kalau umur panjang, sudah tamat PKP dan kerajaan yakin tiada Covid 19 di Malaysia, YB-YB semua bersidanglah sampai ke subuh pun rakyat tidak kisah.

  3. Teresa Cork la kamu ni..
    Terima la hakikat dah kalah..
    Skrg ni fikir kelansungan n keselamatan rakyat n negara
    .bukan utk geng2 bodoh PH tegakkan benang yg basah..

  4. Bodoh!!!!!!!. Abis convid ko bak bersidang 365 hari pun orang tak marah. Simpan2 la bodoh tu. Jgn tunjuk sgt. Bangang…

Comments are closed.