SAC Fadzil Ahmat
SAC Datuk Fadzil Ahmat

PETALING JAYA – Seorang inspektor yang disyaki merogol dua wanita Mongolia di sebuah hotel pada 10 April lalu dibebaskan dengan jaminan polis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat.

“Tidak ada keperluan untuk menahannya lebih lama selepas soal siasat selesai,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.

Fadzil berkata, kertas siasatan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Shah Alam untuk diteliti.

“Tetapi ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan yang perlu kita putuskan. Harap-harap keputusan boleh dibuat minggu depan,” katanya.

Pada 12 April, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihak berkuasa menyelamatkan kedua-dua wanita  terbabit yang berusia 20 dan 37 tahun, sehari sebelum itu.

Reman disambung 2 hari lagi, yang berakhir semalam yang diperoleh dari majistret.

Polis mendapatkan perintah perlindungan sementara dari mahkamah terhadap kedua-dua mangsa dan 3 yang lain untuk membantu mereka dalam siasatan.

Dilaporkan wanita Mongolia itu ditahan dalam sekatan jalan raya pada 10 April. Kedua-dua wanita itu ditahan seorang pegawai kerana mendakwa mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pegawai tersebut didakwa membawa kedua wanita itu ke sebuah hotel di mana dia dituduh merogol mereka. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Inspektor polis disyaki rogol 2 wanita Mongolia ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast