Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari dilihat terlalu gembira dengan peratusan kes sembuh positif Covid-19 sehingga beliau tidak sedar bilangan hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilalui.

Dalam satu posting di Twitter, beliau menyatakan hari ini adalah hari ke 39 perintah PKP dilaksanakan sedangkan hari ini baharu memasuki hari ke 34.

“Hari ini hari ke-39 Perintah Kawalan Pergerakan kita menerima khabar baik sebanyak 71 peratus kes positif Covid-19 di Selangor telah sembuh.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua petugas perubatan,” katanya di Twitter, hari ini.

Amiruddin berkata, jumlah peratus sembuh kes positif Covid-19 di negeri itu kini dalam 71 peratus.

Perangkaan itu merangkumi 958 pesakit positif Covid-19 sembuh daripada jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 1,343 kes sehigga kini.

Selangor mencatatkan 12 kematian ekoran wabak Covid-19 dengan tiga kes baru positif Covid-19 direkodkan semalam.

Kes aktif kebolehjangkitan wabak Covid-19 adalah 373 kes.

Negeri itu mencatatkan kes kedua tertinggi di negara ini dengan Hulu Langat merekodkan 446 kes dan Daerah Petaling mencatatkan 374 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast