Tengku Zafrul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan institusi perbankan negara terus meningkatkan usaha dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada akaun bank.

Berikutan itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mahu institusi kewangan meneroka penyelesaian digital dalam menangani isu ini.

Tengku Zafrul memberitahu, beliau tersentuh hati melihat kesungguhan kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) menjalankan tanggungjawab kepada 400,000 orang rakyat dalam golongan berpendapatan rendah (ataupun B40) yang tidak ada akaun bank berdaftar dengan Lembaha Hasil Dalam Negeri.

BSN dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan secara tunai Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan tersebut.

”Saya amat tersentuh hati melihat pegawai-pegawai BSN yang bertugas dengan penuh dedikasi; ada yang membantu
mengambil cop jari di dalam kereta ahli keluarga penerima BPN yang tidak boleh berdiri atau berjalan; ada yang menyediakan kerusi kepada mereka yang penat beratur agar memberi keselesaan; dan ada yang memberi air mineral
secara percuma kepada mereka yang menunggu giliran.

”Kerajaan akan sedaya upaya memudahkan akses kepada bantuan yang diperlukan rakyat.

”Dalam jangka masa panjang, kerajaan akan memastikan institusi perbankan negara terus tingkatkan usaha
memastikan setiap lapisan masyarakatt mempunyai akses kepada akaun bank,” katanya ketika membentangkan laporan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Menurut beliau, bagi mereka di rumah yang masih menghadapi masalah mendapat BPN atau mana-mana bantuan PRIHATIN, bolehlah hubungi unit LAKSANA di talian hotline yang disediakan atau melalui emel di [email protected] atau [email protected].

Bagi mereka yang belum mendapat bayaran tunai tidak perlu risau kerana kemudahan ini dibuka sehingga hujung tahun ini.

Tambahnya, sehingga 19 April 2020, sebanyak RM480 juta telah dikredit ke dalam akaun bank 1.2 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk golongan M40.

“Secara keseluruhannya di bawah fasa pertama BPN, lebih RM5.2 bilion telah dibayar kepada 7.6 juta penerima manakala fasa kedua pembayaran dijangka bermula pada bulan Mei 2020,” katanya.

Bagi permohonan baru pula, tambah beliau, bayaran akan dibuat pada bulan depan.

Menurutnya, sehingga 20 April lalu, lebih 3 juta permohonan baharu dan rayuan telah diterima.

Bagi untuk pemandu e-hailing pula, bayaran sebanyak RM500 seorang kepada lebih kurang 90,000 pemandu e-hailing sepenuh telah bermula pada 20 April. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته…
    Sy tersadai dlm kesusahan di kelantan sejak 18march ari tu,, nak balik KL tidak di benarkan.
    Sy ada buat permohonan baru utk BPN,,
    Sy faham permohonan baru akan di proses pd bln MAY nnti.. Persoalannya sekarang, sekiranya permohonan sy di tolak, sy buat rayuan baru,, bila pula sy akan di bantu..
    Sy dah habis dana dalam poket/bank..
    Smoga pihak tuan/puan dapat memberi sedikit masa/perhatian terhadap masaalah sy yg tidak kenal siapa2 di kelantan ni… Prihatin anda teramat lah sy hargai… Terima kasihوسلام..

Comments are closed.