Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud

KAHERAH – Raja Arab Saudi, Raja Salman bersetuju membenarkan solat tarawih diadakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tetapi masih menggantung kemasukan jemaah, kata Presiden Hal Ehwal Dua Masjid tersebut dalam satu kenyataan.

Kebenaran solat itu hanya diberikan kepada pegawai-pegawai masjid dan pekerja-pekerja sahaja.

Malah, solat tarawih dipendekkan kepada 10 rakaat sahaja.

Langkah-langkah yang diambil itu bertujuan menangani pandemik koronavirus yang melanda di negara tersebut.

Meskipun begitu, kerja-kerja menyah kuman terus dijalankan di kawasan masjid-masjid berkenaan.

Pada bulan-bulan Ramadan yang lepas, kira-kira 100,000 umat Islam akan mengambil peluang untuk berada di kedua-dua masjid tersebut menjelang 10 hari terakhir.

Arab Saudi juga merancang untuk melonggarkan tempoh perintah berkurung di beberapa bandar sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan dalam kawasan kejiranan masing-masing.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast