Foto Instagram Tony Fernandes.

KUALA LUMPUR – Pengasas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang mengisi lapangan dengan membaca buku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencuri tumpuan pengikut di Instagram miliknya.

Ini kerana Tony telah membaca buku mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW yang bertajuk Al-Shama’il Al-Muhammadiyya yang bermaksud Mengenali Rasulullah.

Buku tersebut mengandungi himpunan 415 hadis tentang keindahan dan kehebatan sifat serta akhlak Nabi Muhamaad SAW seperti yang telah diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

Menerusi perkongsiannya itu, Tony berkata, dia membaca buku tersebut bertujuan memahami lebih dekat agama Islam yang dianuti majoriti rakyat negara ini.

Tambahnya, masa inilah sangat sesuai untuk dirinya memahami, belajar serta bertoleransi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan semoga Allah membuka ruang kepadanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad SAW.

Malah, ramai turut mendoakan semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.