Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan sepatutnya mengumumkan langkah inovatif bagi menyesuaikan persidangan Parlimen dengan kebiasaan baharu atau new normal.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, langkah itu penting dan bukan memberi alasan berlaku penularan wabak Covid-19 sehingga menidakkan keperluan kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen yang lebih panjang.

“Saya kesal dengan kenyataan Menteri (Takiyuddin) yang menidakkan keperluan mengadakan sidang Parlimen yang lebih lama atas alasan Covid-19.

“Kenyataan beliau ini seperti menafikan perlunya satu ‘strategi keluar’ buat Parlimen Malaysia,” katanya menerusi status akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, Takiyuddin dilaporkan berkata, kerajaan mengambil kira keselamatan semua pihak yang terbabit dalam urusan persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

Kata beliau, kerajaan membuat keputusan mengenai persidangan itu berdasarkan perkembangan semasa, khususnya dalam mengawal dan menamatkan ancaman wabak Covid-19 serta langkah segera dan penting bagi membantu rakyat menangani kesan jangka pendeknya.

“Aapakah Takiyuddin yang merupakan seorang peguam telah terlepas pandang Mahkamah Persekutuan telah mula menyesuaikan perjalanan mahkamah dengan keadaan sekarang?” soal Fahmi.

Ujar beliau, mulai 23 April lalu, prosiding Mahkamah Rayuan disiarkan secara langsung menerusi dalam talian.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Parlimen, beliau sepatutnya Ahli Jemaah Menteri pertama mengumumkan langkah-langkah inovatif bagi menyesuaikan persidangan Parlimen dengan ‘kebiasaan baharu’.

“Bukannya menteri pertama yang mengumumkan setiap Ahli Parlimen penyokong kerajaan bakal diberi jawatan mengepalai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” sindir beliau.

Beliau menjelaskan, sidang Parlimen juga boleh dilakukan secara dalam talian bagi membolehkan orang awam melihat secara langsung pendengaran kes yag dijalankan seperti di mahkamah terbuka dan juga memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan.

“Apakah menteri tidak mahu memastian akses rakyat Malaysia kepada demokrasi juga berterusan?,” soalnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tak habis habis menyalak lagi. DAP dah dia korang yg melayu ni pulak melebih lebih..ke jadi anjing DAP lagi? President ko pun pandai dok diam..

  2. ni anjing d.a.p ni
    tu yang menyalak je
    orang sibuk hal covid, PH pulak sibuk yang parlimen,
    belum sesuai la bro masa tak cun lg
    mengong

Comments are closed.