Boris Johnson. foto Agensi

three nights in early April.

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan kembali bekerja pada hari Isnin ini setelah pulih daripada jangkitan Covud-19, menurut jurucakao Downing Street.

Beliau kembali pulih selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital St Thomas pada 5 April lalu.

Johnson, 55, akan mengambil alih semula pentadbiran kerajaan yang kini berada di bawah tekanan akibat kejatuhan ekonomi.

Britain kini bergelut dalam usahanya membendung penyebaran virus serta peningkatan jumlah kematian.

Pada hari Sabtu, Britain telah mencatatkan lebih dari 20,000 kematian akibat Covid-19.

Kritikan terhadap kerajaan Johnson terus meningkat berikutan kekurangan kit ujian dan peralatan perlindungan untuk kakitangan perubatan dan penjagaan kesihatan.

Pemangku Perdana Menteri, Dominic Raab berdepan dengan persoalan bagaimana Britain akan melonggarkan sekatan perjalanan tanpa jamiman gelombang kedua jangkitan Covid-19.

Menteri Dalam Negeri pula mendesak rakyat Britain untuk terus berada di dalam rumah tetapi pembuat dasar pula mendesak sekatan perjalanan dilonggar dalam usaha memulihkan ekonomi.

Penganalisis-penganalisis ekonomi pula mengunjurkan Britain akan mengalami kemelesetan ketara dalam tempoh lebih 300 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast