Dr. Mazrina Mohamed

KANGAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Yusof bakal berkongsi inisiatif produktif yang dijalankan di negeri itu sehingga diisytiharkan kawasan pertama zon hijau Covid-19 pada program Sembang Santai Produktif secara online menerusi webinar Rabu ini.

Program sembang santai pukul 2.30 petang itu dianjurkan Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara itu bertajuk ‘Covid-19: Perlis ‘New Normal’.

Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah berkata, Azman menjadi ahli panel pada program itu akan membentangkan langkah-langkah pencegahan yang diambil sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri terbabit.

“Tajuk program berkenaan dipilih selepas Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu Covid-19 dikesan melebihi dua minggu.

“Orang ramai berpeluang mengetahui bagaimana kerajaan Perlis melakukannya dengan produktif sehingga berjaya mengekang wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Sembang Santai Produktif itu juga diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis.

Pada 23 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan melebihi dua minggu.

Dr. Mazrina berkata, mereka yang berminat mengikuti program sembang santai itu boleh mendaftar segera di link https://attendee.gotowebinar.com/register/6890241754540466188 dan Webinar ID 848-040-547.

“Selepas pendaftaran anda akan menerima pengesahan penyertaan melalui emel,” tambahnya.

Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan melayari halaman rasmi MPC Wilayah Utara.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jangan sambut “kemenangan” lagi! Nu kat lagi Utara tu ada Thailand. Klau Perlis relaks budak2 Siam masuk kot lubang tikus melawat GF BF jual beli dia akan datang balik. Selalunya kita berdoa supaya syukur alhamdulillah Perlis dah “Green Zone” tapi kali ini terpaksa walaupun tak suka tapi kena cakap Insyaallah Covid-19 akan menular semula di mana2 saja “Green Zone”. Di negara China depa klentong cakap Wuhan bebas dari Covid-19 tapi sebenarnya masih berlaku dalam jumlah bilangan yang lebih kecil sedikit. Covid-19 ni bukan penyakit biasa. CDC US melaporkan bahawa suhu yang tinggi saja dapat menyahkuman diatas permukaan barang seperti tombol pintu, permukaan meja. Alkohol cuma melemahkan dia tetapi tak mati. Pesakit yang pulih dari Covid-19 tidak akan bebas dari virus itu didalam badan dia ada yang sehingga 4 bulan(rekod Covid-19 yang paling lama, jadi tidak diketahui samada virus tu akan terus hidup sampai 1- 2-3 tahun?) Doktor2 diChina menyatakan pesakit Covid-19 yang telah pulih kadangkala tanpa simptom tetapi mereka masih menunjukkan +ve Covid tetapi dari segi luaranya pesakit itu boleh dikatakan pulih. Macam2 petemuan terbaru yang dipelajari oleh doktor2 Amerika dan Chinadan semua menunjukkan bahawa Covid-19 tidak menepati logik yang mereka pelajari. Ia lain dari yang lain. Walaupun kajian imuniti keatas pesakit pulih itu tinggi tetapi virus Covid-19 masih hidup didalam tubuhnya. Jadi serum darah dari pesakit yang telah pulih yang selalunya di ambil untuk menghasilkan vaccine tidak akan berkesan. Covid-19 walaupun tidak boleh tanding dari segi jumlah kematian “balck plaque” yang meragut nyawa berjuta juta orang itu, cuma disebabkan oleh proses perubatan moden. Jika Covid-19 ini berlaku pada zaman “Black Plaque” itu mungkin ia akan lebih dahsyat. Jadi jangan bertakabur canang sana sini bahawa sistem yang dibuat oleh Perlis itu terbaik diMalaysia. Selagi tidak ada ubat untuk Covid-19 ,apa2 keramaian untuk “kemenangan Perlis” adalah pramatang. Perjuangan Covid-19 ini akan mengambil masa bertahun tahun lagi.

Comments are closed.