Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Polis mengejar dua individu yang cuba melarikan diri sejauh 15 kilometer, dengan menggunakan sembilan kereta peronda, sebelum berjaya menangkap kedua-dua lelaki itu di Jalan Kangkar Tebrau, semalam.

Ketua Polis Johor. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan pada pukul 9.20 malam selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika polis sedang membuat rondaan di Taman Pelangi.

“Siasatan ke atas kedua-dua suspek kemudiannya mendapati mereka memiliki dadah jenis syabu seberat 3.1 gram. Kita turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hai ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. – Bernama