Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan waktu operasi Hasil Care Line (HCL) sepanjang bulan Ramadan 2020/1441H hari Ahad hingga Jumaat (kecuali cuti umum) adalah dari 9 pagi hingga 4.30 petang.

Selain panggilan ke HCL, pelanggan juga boleh berurusan dengan LHDNM menerusi panggilan telefon ke semua cawangan LHDNM berdasarkan waktu operasi di atas dan mengikut hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.

Nombor telefon cawangan-cawangan LHDNM boleh diakses melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau menerusi pautan pantas: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=2&bt_posi=1&bt_unit=4&bt_sequ=1.

Sebagai memberikan kemudahan kepada orang ramai, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan percukaian dan perkhidmatan LHDNM juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara);

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial – MalaysiaGazette