TERKINI : Ujian Covid-19 Pesakit Kes ‘SARI’ Menurun – Dr Noor Hisham

Terdapat penurunan kes positif Covid-19 yang ketara antara minggu ke-17 dimana hanya tiga sampel disahkan positif daripada 2,168 sampel kes sari yang diambil.

Ia berbanding dengan minggu epidemiologi ke-12 pada 28 Mac lalu di mana 33 sampel disahkan positif daripada 263 jumlah sampel kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) iaitu 11.15 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.