GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertahankan organisasi itu dengan menyatakan ia telah melakukan tindakan “tepat pada waktunya” semasa mengisytiharkan darurat ke atas koronavirus pada akhir Januari lalu.

Deklarasi 30 Januari itu dibuat pada  “masa yang cukup untuk seluruh dunia bertindak balas” kerana pada ketika itu hanya 82 kes jangkitan dan belum ada kematian di luar China berlaku, kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa taklimat media.

Dr Tedros mengatakan WHO, telah mendahului maklum balas pandemik Covid-19 sebelum mengisytiharkan darurat global dan mahu melawat China bagi mengetahui lebih lanjut mengenai wabak tersebut.

Dalam lawatan itu, mereka juga memperoleh “perjanjian baru” dengan China untuk menghantar penyiasat, kata Dr Tedros.

Mengesahkan bahawa wabak Covid-19 masih merupakan keadaan darurat kesihatan global, Dr Tedros mengatakan bahawa dia mempunyai “keprihatinan serius mengenai kemungkinan kesan” penyakit ini “kerana ia mulai meningkat di negara-negara dengan sistem kesihatan yang lebih lemah”.

Ketua Darurat WHO, Dr Mike Ryan, mendakwa itu melihat peningkatan yang membimbangkan dalam kes Covid-19 di Haiti, Somalia, Sudan, Sudan Selatan, Yaman, Syria, Afghanistan, Sierra Leone dan utara Nigeria.

Mengenai koronavirus yang pertama kali muncul akhir tahun lalu di Wuhan di tengah China, Dr Ryan mengulangi kenyataannya bahawa para saintis yang memeriksa turutan genetik telah memberi jaminan kepada WHO bahawa “virus ini berasal dari semula jadi”.

Washington dan Beijing kini terlibat dalam perang mulut berhubung punca wabak ini.

Presiden Donald Trump dengan yakin menyatakan koronavirus itu muncul dari mak al virologi China tetapi enggan mendedahkan bukti.

Dakwaan tersebut disanggah oleh oleh Beijing.

Jurucakap WHO sebelumnya mengatakan beberapa penyelidikan mengenai sumber virus itu sedang dijalankan tetapi menambah bahawa agensi global tersebut “tidak terlibat dalam kajian di China”. – MalaysiaGazette