Proton

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan memulakan operasinya secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Syarikat itu sedang membuat persiapan untuk mematuhi segala garis panduan ketat yang ditetapkan.

Pembukaan itu membabitkan operasi jualan dan perkhidmatan yang terletak di zon hijau dan kuning, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong.

Semua premis dan kakitangan terlibat akan dikenakan protokol keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengekang penyebaran virus Covid-19.

“Keselamatan pelanggan dan pekerja adalah keutamaan kami dan ia selari dengan seruan Perdana Menteri untuk menerapkan normal baru, kami akan memperkenalkan satu protokol baru dalam semua aspek,” katanya.

Pembukaan secara berperingkat-peringkat itu turut membabitkan pengeluaran di kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam.

Pejabat korporat di Centre Of Excellence (COE) juga akan memulakan operasi dengan amalan kerja yang baharu bagi mengurangkan jangkitan dan kontak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast