Proton

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan memulakan semula operasi pada 5 Mei, 2020, selepas menerima kelulusan sepenuhnya dari pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan, pengeluar kereta nasional itu berkata, kelulusan tersebut membabitkan semua unit perniagaan korporat syarikat.

“Sebilangan pusat jualan dan servis juga akan dibuka pada hari yang sama, namun perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan tempatan.

“Atas sebab ini, tidak semua rangkaian PROTON akan beroperasi serta-merta,” katanya.

Senarai rangkaian yang beroperasi itu boleh diperolehi di laman sesawang www.proton.com manakala maklumat lanjut jualan dan selepas jualan menerusi talian khidmat pelanggan 1-800-88-8398. – Bernama