Suasana orang ramai beratur untuk memajak emas dan barang kemas bagi membeli barangan keperluan harian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Sungai Way, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 05 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan dapat menonjolkan barisan kepimpinan yang kreatif dan inovatif selain mampu melihat ke hadapan selepas negara pulih dari Covid-19.

Presiden PKR itu sedih melihat nasib rakyat terutama dari golongan B40 dan miskin terpaksa beratur di premis pajak gadai mengadaikan barangan kemas masing-masing untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sedangkan, ujar beliau, pajak gadai yang menjadi tumpuan orang ramai itu mengamalkan sistem riba, yang sudah tentu akan membebankan rakyat apabila berdepan dengan penebusan kelak.

Anwar Ibrahim

“Saya terkejut melihat fenomena orang ramai berpusu-pusu menyerbu pajak gadai. Itu maknanya mereka sudah habis ikhtiar, mereka terpaksa gadai barang kemas, ada yang hadiah perkahwinan.

“Kerajaan sepatutnya tunjuklah simpati sikit, bukan bangga melihat rakyat sudah boleh keluar keluar menuju ke premis pajak gadai. Naratif ini kena ubah. Jangan tidak ada hati perut kemanusiaan langsung,” katanya dalam Sesi Facebook Live Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Anwar turut menjawab soalan netizen yang mempersoalkan kenapa pemimpin Pas semakin lesu selepas menjadi sebahagian dari kerajaan.

Katanya, itu netizen kena tanya pemimpin Pas sendiri, kenapa tidak ada suara tegahan atau larangan apabila kerajaan melonggarkan syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membenarkan sukan seperti golf dan judi magnum.

“Sedangkan, masjid, sekolah belum boleh dibuka tetapi, tidak ada suara dari pemimpin Pas menentang keputusan itu, berbanding sebelum menjadi kerajaan, riuh rendah bersuara menyatakan ketidaksetujuan mereka.

Mengenai soalan pemandu mabuk yang melanggar seorang anggota polis, beliau menjelaskan, isu begitu penting itu tidak boleh dibincang dalam tempoh terdekat ini kerana Parlimen hanya bersidang satu hari pada 18 Mei ini.

Beliau turut menggesa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong agar tegas dengan menyegerakan pindaan undang-undang lebih keras untuk menghukum pemandu mabuk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Kalau betul sedih.. Tolong la mereka dgn wang ringgit kamu jgn cakap jer.. Tak abis2 dgn sandiwara.

  2. Lau ni bahalol ke apa. Orang pergi ke pajak gadai tu sebab nak tebus barang atau sambung surat pajak. Mereka lebih suka simpan barang di pajak gadai. Mereka dah ada sedikit simpanan sebab dapat Bantuan Prihatin Nasional. Tengok Kerajaan PN rakyat sayang PM DAN MENTERINYA. Masa kerajasn PH rakyat dapat apa. Air liur pembojong. Aset negara semua kau orang jual. Kerajaan( P) penipu ( H) haprak. Duit Qatar pun kau orang sapu. Kalau tak tunjukan bukti ke mana duir tu hilang. NGO mana yang pegang kenapa mereka diam diri. Penyamun kau orang .

  3. Masa kau pegang hari2 kau cakap malaysia bankrap ..habis tu celah mana yg mai Bernacam macam bantuan dapat musim covid..

Comments are closed.