Timbalan Pengerusi Otai Reformis 1988, Mustapa Mansor hadir ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan berhubung pendedahannya di Youtube mengenai warga Rohingya di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Otai Reformis 1998, Mustapa Mansor hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang tular di Youtube baru-baru ini.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSSA) tiba di IPD tersebut pukul 11.30 pagi dengan ditemani beberapa anggota Otai Reformis 1998 yang berbaju hitam.

Ketika ditemui MalaysiaGazette di luar bangunan IPD berkenaan, Mustapa berkata, kehadirannya hari ini adalah berkait tentang kenyataannya yang mendedahkan berlaku aktiviti rasuah oleh pihak berkuasa membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga Rohing di Pasar Borong Selayang.

Katanya, dia telah dihubungi oleh seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang meminta beliau hadir ke IPD berkenaan pukul 12.30 tengahari untuk disoal berhubung perkara itu.

“Pagi semalam saya dihubung oleh seorang pegawai polis bernama Hanif untuk diambil kenyataan.

“Saya ada membuat beberapa komen di Youtube dengan mengeluarkan beberapa persoalan kenapa terlalu ramai pelarian dan PATI di pasar Borong Selayang,” katanya.

Beliau berkata, tujuan beliau memuat naik video berkenaan adalah untuk menjernihkan berhubung isu warga asing di pasar borong berkenaan yang menjadi isu sejak beberapa lalu.

Ujarnya, pendedahannya itu bukanlah kosong sebaliknya beliau mempunyai maklumat dan butiran terperinci yang diperoleh daripada warga asing di kawasan berkenaan setelah di temuduga.

Timbalan Pengerusi Otai Reformis 1988, Mustapa Mansor bercakap kepada media selepas diambil keterangan berhubung pendedahannya di Youtube mengenai warga Rohingya di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2020

Tambah Mustapa, maklumat yang diterima daripada mereka ialah rata-rata memberitahu bahawa mereka membayar sejumlah wang kepada pihak-pihak tertentu termasuk beberapa pegawai penguatkuasa yang akan datang memungut bayaran pada setiap bulan.

“Saya memang yakin dan ada buktinya memang wujud rasuah. Rasuah ini diberikn oleh peniaga-peniaga kecil (PATI dan Rohingya) yang berada di sekitar Pasar Borong dan sekitar pasar-pasar kecil di Selayang.

“Mereka membayar RM300 sebulan tanpa resit. Kadang-kadang ada pegawai penguatkuasa yang beruniform datang dan mereka berikan RM50 hingga RM100. Di situ juga ada gangster yang turut kutip wang sama daripada pelarian ini.

“Jadi, kami sebagai sebuah NGO kemanusiaan sangat prihatin tentang perkara ini. Saya terpanggil untuk mendedahkan di dalam saluran Youtube saya,” ujarnya yang tidak mahu masyarakat terlalu marah tanpa sebab terhadap lambakan pendatang asing terutama Rohingya di negara ini.

Katanya lagi, apa yang terhadap rakyat Malaysia baru-bari ini berhubung perkara berkenaanialah apabila mereka mempercayai berita palsu yang diterima bulat-bulat tanpa usul periksa.

Bagaimanapun, beliau percaya ada segelintir pihak yang cuba menganggap pendedahannya itu sebagai fitnah dan disebabkan itu beliau dipanggil untuk diambil keterangan hari ini.

Tambahnya, beliau tidak akan membuat sebarang pendedahan tanpa bukti yang kukuh sebaliknya, segala pendedahannya itu mempunyai maklumat terperinci bagi menyokong dakwaan yang dibuat.

“Saya yakin ini merupakan satu masa yang sangat tepat untuk kita membanteras sebarang bentuk rasuah,” kata beliau yang hadir tanpa ditemani mana-mana peguam.

Mustapa menjelaskan, bantuan peguam akan digunakan sekiranya diperlukan dan kehadiran beliau hari ini adalah untuk mengetahui langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap pendedahannya itu.

Bagaimanapun, selepas dua jam disoal siasat Mustapa ketika ditemui sejuruh keluar dari balai polis berkenaan memberitahu, polis merampas telefon bimbitnya untuk siasatan.

Katanya, selepas ini beliau akan melihat kepada keperluan sama ada akan menggunakan khidmat peguam atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Org yg sihat akal pn boleh berfikir secara logik bhw faktor rasuah memang ada dlm isu kebnjiran pati dn rohingya di psr selayang…

  2. Siasat dan tindakan amat di harap kan dri pehak berwajib…dulu di kawasan chow kit roada dah rasa mcam gi indon warung resto semua di sewa kan pd indon paling kuran pun pekerja nya indon.

  3. Walaupun bab rasuah ini berdegar bunyi nya.
    Tapi susah dibuktikan sbb tiada yg tertangkap tangan.

    Jadi cara yg terbaik.
    Terus beri sekatan utk warga asing yg tiada permit utk masuk kekawasan-kawasan pasar-pasar borong seluruh malaysia.
    Beri tugas ini pada tentera.

    In syaa Allah, suasana ini akan dapat dikawal dgn lebih baik.

    Kemudian teruskan membuat operasi diseluruh negara.

    Juga siasat kedai2 warga asing yg tiada permit@kebenaran.

  4. Kenapa sebelum ni xde pulak dia nk pecah kan rahsia.. Kenapa baru2 ni ja.. Sepatutnye dari dulu lg…

  5. Bodohnya org malaysia juga..u tahu tu org asing yg jual npa u p beli juga..oleh sbb u beli secara automatiknya u dah sokong apa yg orang asing ni buat…sepatutnya u tahu dia org asing yg buat perniagan secara haram u jgn beli barang yg dia jual..

Comments are closed.