Panel majikan menemu duga golongan gelandangan yang berpotensi untuk diambil bekerja di bawah Program Persediaan Kerjaya pada hari ke- 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 di Pusat Gelandangan Ampang Hilir. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Sejak dahulu lagi, kerajaan telah membantu golongan gelandangan dari pelbagai aspek bagi memastikan kehidupan golongan terus terjamin dan tidak terabai.

Malah usaha pemulihan, latihan kerjaya, kaunseling serta kemahiran vokasional sudah mula dilaksanakan sejak lebih 10 tahun lalu melalui beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan banyak lagi.

Sebelum ini wujud kebimbangan ketika kemuncak penularan Covid-19 di negara ini, ke manakah hala tuju gelandangan terutamanya yang tidur beralasan jalanan saban hari walhal ketika itu sudah ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kemudian Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa  tampil bukan sahaja menyediakan tempat tinggal serta makan minum diuruskan sepanjang tempoh PKP.

Sebaliknya, mereka juga diberikan perkhidmatan perubatan seperti saringan Covid-10 dan bekalan ubat-ubatan dan terkini mendapatkan kerja tetap untuk sekurang-kurangnya lebih 800 gelandangan di sekitar ibu kota.

MalaysiaGazette diberitahu, hakikatnya agensi seperti JTK sebenarnya dari awal lagi sudah berkecimpung dalam membaiki kehidupan gelandangan kepada yang lebih baik malah selama ini ramai juga telah menerima manfaat kerajaan.

Hakikatnya, tidak sepatutnya mana-mana pihak menuding jari menyalahkan kerajaan walaupun masih ada gelandangan dan tidak terurus kehidupannya lagi-lagi setelah terbuang dari keluarga.

Ini kerana untuk sekian lama kerajaan telah banyak menabur jasa dan usaha bagi golongan ini supaya mendapat kehidupan lebih baik tetapi ada juga rata-rata dalam kalangan gelandangan sebenarnya suka dengan kehidupan mereka seperti biasa.

Kebanyakan mereka sebenarnya suka dengan kehidupan di jalanan tanpa komitmen termasuk pekerjaan, keluarga lebih-lebih baik setiap kehendak mereka akan dipenuhi seperti menyediakan makanan dan sebagainya.

Ini juga menyebabkan usaha-usaha lain semuanya ditolak kerana mereka lebih sukakan kehidupan gelandangan.

Bagaimanapun sejak penularan Covid-19, kerajaan sekali lagi agresif dalam memastikan nasib kumpulan ini terbela dan enggan ‘melepaskan’ mereka begitu sahaja.

Program penempatan pekerjaan ketika ini dijangka memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 300 gelandangan melalui fasa pertama pelaksanaannya.

Melalui program itu, terdapat sembilan majikan yang dikenal pasti antaranya Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Hartalega NGC Sdn Bhd dan Harumi Brands Sdn Bhd, Top Glove Sdn Bhd, Tesco Malaysia dan Trendcell Sdn Bhd yang memenuhi kriteria JTK serta mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Anggota Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa melakukan proses temuduga gelandangan bekerja di beberapa sektor termasuk perladangan, perkilangan serta F&Bpada hari ke- 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 di Pusat Gelandangan Ampang Hilir. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

Hari ini, MalaysiaGazette sempat menyaksikan sendiri bagaimana dua syarikat ternama seperti Adabi dan Harumi Brands tampil mengadakan sesi temuduga sebelum mengenalpasti hampir 22 orang gelandangan bekerja di bawah mereka bermula dua minggu lagi.

Sesi temuduga yang di jalankan di pusat gelandangan sementara di Ampang Hilir juga menyaksikan bagaimana kumpulan gelandangan ini kelihatan sedikit teruja untuk bekerja dalam masa terdekat ini.

Muhd Nur Omar bercakap ketika ditemubual semasa melakukan proses temuduga gelandangan bekerja di beberapa sektor termasuk perladangan, perkilangan serta F&Bpada hari ke- 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 di Pusat Gelandangan Ampang Hilir. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

Menurut Muhd Noor Omar yang berasal dari Johor dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan dahulu dan kini dirinya bersyukur akhirnya dapat kembali bekerja.

“Saya memang pernah bekerja, pernah ada rumah sewa. Cuma kadang-kadang kerja itu tidak tetap. Kena buang kerja juga ada ketika itu tidak ada duit untuk makan juga atau tempat tinggal kerana tidak mampu bayar sewa.

“Sekarang Covid-19, lagi susah dapat kerja. Tapi kerajaan baik cuba dapatkan kami kerja. Terima kasihlah, saya akan cuba sedaya upaya baiki diri lepas ini,” katanya.

Basri Samat bercakap ketika ditemubual semasa melakukan proses temuduga gelandangan bekerja di beberapa sektor termasuk perladangan, perkilangan serta F&Bpada hari ke- 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 di Pusat Gelandangan Ampang Hilir. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

Manakala gelandangan yang merupakan anak jati Sarawak, Basri Sahmat pula yang mendapat kerja di Setiawan dengan Harumi Brands ikrar untuk cuba kerja dengan lebih baik.

“Saya senang hati kerana di terima kerja di Perak minggu depan. Lepas habis PKP ini. Ada tempat tinggal, gaji RM1,200 belum campur yang lain-lain lagi. Saya bersyukur,” ujarnya.

Pengurus Kanan Cawangan Harumi Brands di Setiawan, Robert Yap melahirkan harapan besar agar kumpulan gelandangan yang telah di temuduga dan di terima kerja akan terus bekerja tanpa apa-apa masalah.

Senior Branch Manager Harumi Sdn Bhd, Robert Yap bercakap ketika ditemubual semasa melakukan proses temuduga gelandangan bekerja di beberapa sektor termasuk perladangan, perkilangan serta F&Bpada hari ke- 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 di Pusat Gelandangan Ampang Hilir. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

“Kita cuma harap mereka tidak lari, harap mereka kerja dengan baik kerana kita boleh sahaja bantu mereka naik dengan lebih baik lagi. Peluang kerja memang banyak cuma perlu komitmen,” katanya.

Bagi Muhd Hazim Romli yang merupakan Eksekutif Pengambilan Pekerja Adabi pula, proses pemilihan itu tidak begitu kompleks namun sangat berharap khidmat kerja gelandangan ini bukan sahaja menaikkan nama syarikat sebaliknya juga membantu golongan ini membina kehidupan lebih baik.

“Itulah yang sebaik-baiknya di harap oleh kami, kerana itu juga kita tampil bantu kerajaan dengan harapan golongan gelandangan dapat kehidupan lebih baik pada masa depan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Banyak sangat ngo pembela kemanusiaan yang kononnya berjuang untuk keadilan sejagat TETAPI bertindak dan berlagak tak lebih dari prima donna!
    Cepat bercakap menunjukkan kelemahan (terutamanya) agensi dan kerajaan tetapi sendiri ‘ilek’, nol, kosong.
    Seminggu atau dua minggu sekali nama dan gambar perlu ke dada akhbar atau medsos……
    menyampah betul!

Comments are closed.