Kerosakan enjin pada pesawat Boeing, B737 milik Southwest Airlines yang melanggar seorang individu semasa mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Bergstrom, Austin.

AUSTIN – Seorang individu mati dilanggar sebuah pesawat yang sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bergstrom, Austin, kata para pegawai.

Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), seorang juruterbang ternampak seorang individu berada di landasan sebelum kejadian itu dilaporkan.

“Menurut maklumat awal, juruterbang Southwest Airlines, penerbangan 1392 melaporkan terlihat seorang individu di Landasan 17-Kanan, sebaik sahaja pesawat Boeing 737 mendarat pada pukul 8.12 malam waktu tempatan,” kata agensi itu seperti dilapor NBC News.

Pemandu kenderaan operasi lapangan terbang seterusnya melaporkan penemuan mangsa di landasan,” katanya.

Para penyiasat FAA akan membantu siasatan polis Austin. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast