Dua pekerja sedang menutup laluan di hadapan pasar borong Huanan yang menjual makanan laut. Pasar ini dikesan menjadi punca seorang lelaki mati akibat masalah pernafasan akut selepas mengunjungi tempat ini. Foto Agensi

GENEVA – Sebuah pasar borong di tengah Wuhan yang didakwa punca novel koronavirus tahun lalu adalah sebagai sumber atau mungkin sebagai “pencetus’, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Pihak berkuasa China menutup pasar itu pada bulan Januari lalu bagi menghentikan penyebaran virus dan memerintahkan larangan sementara perdagangan dan penggunaan hidupan liar.

“Pasar memainkan peranan dalam penyebaran virus, itu jelas. Tetapi peranan apa yang tidak kita ketahui, apakah itu sumber atau pencetus atau hanya kebetulan beberapa kes dikesan di dalam dan di sekitar pasar itu, “kata Dr Peter Ben Embarek, pakar WHO mengenai keselamatan makanan dan virus zoonotik yang tersebar dari haiwan ke manusia.

Setakat ini tidak jelas sama ada haiwan atau vendor atau pembeli yang membawa virus berkenaan di pasar berkenaan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mendakwa negara itu ada “sejumlah besar bukti” bahawa virus itu berasal dari makmal Wuhan.

Tidak ada bukti umum yang mengaitkan wabak itu dengan makmal di Wuhan dan para saintis mengatakan koronavirus nampaknya telah berkembang secara semula jadi.

Laporan perisikan Jerman menimbulkan keraguan terhadap tuduhan Pompeo, Der Spiegel melaporkan.

Namn Ben Embarek tidak mengulas tuduhan tersebut.

Beliau menyatakan penyelidik memerlukan masa setahun untuk mengenal pasti unta sebagai sumber virus MERS (sindrom pernafasan Timur Tengah), sebuah koronavirus yang muncul di Arab Saudi pada tahun 2012 dan tersebar di Timur Tengah, sambil menambahkan: “Ini belum terlambat.”

“Apa yang penting, apa yang sangat membantu, adalah menahan virus sebelum virus itu disesuaikan dengan manusia, sebelum versi yang kita miliki sekarang. Oleh kerana itu, kita akan lebih memahami bagaimana ia menyesuaikan diri dengan manusia, bagaimana ia berkembang, ”katanya.

Tambah beliau: “Dari segi penyiasatan, China mungkin, kemungkinan besar, memiliki semua kepakaran yang diperlukan untuk melakukan penyelidikan ini. Mereka mempunyai banyak penyelidik yang berkelayakan untuk itu,”.

Pasar basah di Asia secara tradisionalnya menjual hasil segar dan haiwan hidup, seperti ikan, secara terbuka.

Banyak pasar di seluruh dunia yang menjual haiwan hidup mesti diatur dengan lebih baik termasuk tahap kebersihan perlu bertambah baik dan perlu secara tertutup, kata Ben Embarek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast