Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap sesuatu dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada retreat pimpinan PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 19 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwa mereka, ia dapat dilihat apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang giat mengagihkan jawatan-jawatan besar bagi memperkukuhkan kedudukan kerjasama itu.

“Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.

“Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji  untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata kedua-dua pemimpin itu hari ini.

Hari ini merupakan tahun kedua kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Bagaimanapun, kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan selepas digantikan dengan kerajaan PN yang bekerjasama dengan UMNO dan Pas.

Dalam pada itu, Anwar dan Mahathir berkata, pihaknya menghentikan sengketa lama dan kembali berjuang demi rakyat.

“Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat Rakyat ke pihak yang sepatutnya. Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018,” kata mereka.

Untuk rekod, ini kali pertama Anwar dan Mahathir mengeluarkan kenyataan bersama selepas kemelut politik pada Februari lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Lepas ko menang hari tu ko agih jawatan kpd kroni2 ko..AG, SPRM,PNB..malah semua jawatan ko bolot…ko ingat rakyat dah lupa??Yg Medey bangang ni ko pi letak jawatan pasai apa?? dah tua nyanyok ka?? Rakyat tak kan lupa dgn perangai dua ekoq ni..dua2 tamak kuasa, dua dua kaki pembohong!

  2. Insaf lah. Bawak bawak la ke masjid. Bagi lah orang lain mentadbir negara.

  3. Ala hai nampaknya akan kena kencinglah kau . Percaya kat orang tua sengal ni. Pakat tak jadi PM lagi lah kau ni sebab orang tua ni ysny kau pernah panggil maha firaun gila kuasa dan pembohong bessr

  4. Memang bodoh n nyanyuk org tua 2ekor ni..
    Bodoh dikuatkan dgn gila kuasa n tamak.
    Kita belum bebas dr virus covid tapi virus 2ekor ni lagi bahaya.
    Bodoh n terdesak sgt ke sampai nak bahaya Kan nyawa rakyat n habiskan duit negara utk desak pilihanraya.
    Tak faham ke bahaya nak biar rakyat keluar mengundi keluar berkempen
    Nanti kerajaan x bg Kempen ckp la x adil pulak. Cukup2 la memecah belahkan bangsa sendiri demi niat jahat kamu berdua..

  5. Di bulan Ramadan yg penuh baraqah ini sepatutnya banyak2 kan laa buat amal utk bekalan akhirat.. Besok diakhirat, menyesal tak sudah,, umur masing2 pun dah tua,, kubur Kata mari, rumah Kata pergi.. Nii politik, politik, politik,, rakyat dah Menyampah pun masing2 buat bodoh aje,, tunggu aje lah pru15, biar rakyat yg memilih pemimpin yg betul iklas utk tolong rakyat,, bukannya pemimpin sendiri yg terhegeh² yg nak angkat diri sebagai jaguh,, org yg takut perhitungan Allah di mahsyar takkan berebut nak naikkan diri sebagai pemimpin jika rasa diri tak boleh nak adil Dan betul² nak tolong rakyat.. Jikalau tak boleh nak ambik contoh spt mana empat orang khalifah selepas Rasullah saw jdi pemimpin tak usah sibuk sangat la nak jdi pemimpin,, harta dunia tak bawak kemana pun,, bila mati nanti harta dunia ini semuanya akan menyusahkan kita tambahan yg tidak halal,, melainkan amalan yg baik jualah yg akan menolong kita utk ke syurga Allah.

Comments are closed.