KUALA LUMPUR – Individu-individu yang menjalani pengasingan di pusat-pusat kuarantin oleh Kementerian Kesihatan diingatkan agar tidak merosakkan harta.

Facebook Public Health Malaysia semalam memaparkan beberapa gambar kerosakan dipercayai di sebuah hotel.

Gambar itu memaparkan kerosakan barang-barang akibat sikap tidak bertanggungjawab penghuni.

Selain merosakan barangan, penghuni tersebut turut menyepahkan bilik.

Bukan sahaja air yang tumpah tidak dilap, malah bekas makanan juga tidak dibuang ke dalam tong sampah.

Keadaan tandas juga dibiarkan kotor.

Netizen yang mengulas sikap buruk penghuni bilik itu mahu pihak berkuasa menjejaki individu berkenaan dan mengenakan tindakan ke atasnya.

Pemilik akaun Facebook, Shamsiyah CT berkata: “Trace (jejak) sape ditempatkan di sini dan diarah bayar ganti rugi duit sendiri. Saya sebagai pembayar cukai tak rela kerajaan menggunakan duit cukai saya untuk bayaran ganti rugi kepada owner (pemilik) premis ini”.

 

HilMi Mokhtar pula berkata: “Nama dan senarai details (maklumat) makhluk biadap adakan…pggl dorg dtg balik n byar ganti rugi if (jika) ada kerosakkan…sebb ada buktikan…dlm list (senarai) senarai nama ada background details makhluk xda otak tu…harap kerajaan pggl semula depa n minta ganti rugi, denda atau cas dorg mrosakkn harta bnda n yg sma waktu dgnnya….”.

Sementara itu, Faridah Noor berkata: Awat teruk sangat perangai, beginikah cara hidup kluster kayangan yg perasan bagus sangat.. ha perangai sama macam beruk keluar hutan tak bezanya… langsung tak tau menghargai nikmat yg diberi, patut boh depa kat kem PLKN je baru depa tau,”.

Rata-rata netizen menyifatkan individu terbabit adalah warga negara yang tidak bertanggungjawab.

Penghuni itu turut didakwa sebagai manusia yang tidak bersyukur kerana sudah diberi tempat yang baik oleh kerajaan dan tidak menghargainya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Babi pon tak rosakkn kandang dia. Ini manusia teruk dari babi. Setuju tuntut ganti rugi. Dah bagi duduk free buat macam tu

  2. cari semua anjing2 yg dah membuat kotor dan merosakkan barangan milik pihak lain,anjing2 nie perlu bertanggungjawab atas apa yg mereka dah lakukan,
    kerajaan wajib kenakan mereka saman yg setimpal untuk menggantikan barangan2 yg dirosakkan dan dikotorkannya,anjing2 nie hanya menyusahkan semua pihak,
    mereka wajib dihukum

  3. Tolong ambik tindakan dn kenakn hukuman yg paling berat…Manusia2 yg xreti bersyukur ni msti diajar..

Comments are closed.