TERKINI : 900 Pekerja Tapak Pembinaan Diarah Jalani Ujian Saringan Covid19

Sebuah syarikat pembinaan, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd hari ini mengambil inisiatif untuk menjalankan saringan swab test kepada 900 pekerja binaan di Tapak pembinaan Jalan Batai Bukit Damansara.

Menggunakan khidmat klinik swasta, seramai 90 peratus pekerja asing dan 10 peratus tempatan akan menjalani ujian saringan Covid-19.

Proses saringan bermula pada 9:30 pagi tadi dan dijangka selesai pada pukul tiga petang.